AYAHANDA HAJI MOHD. SHUIB @ SIPIL BIN WAKAR

TABUNG KEBAJIKAN KELUARGA HAJI MOHD. SHUIB

  • SEJARAH TKKHMS


Penubuhan TKKHMS telah diilhamkan oleh Tuan Haji Sipil bin Wakar (ayahanda) dan ditubuhkan pada 29hb November 1991. Ahli terdiri daripada keluarga Tuan Haji Sipil sendiri iaitu ahli keluarga beliau yang terdekat. Tuan Haji Sipil merasakan TKKHMS perlu ditubuhkan sebagai satu badan tabung keluarga yang bertujuan merintis ke arah kerjasama yang lebih erat di kalangan ahli keluarga iaitu setiap keluarga akan sama-sama memberikan sumbangan ke atas tabung yang ditubuhkan. Tabung kebajikan tersebut akan digunakan untuk urusan ahli-ahli keluarga semasa berlaku perkara-perkara seperti kematian dan kemalangan. Beliau juga berharap tabung ini akan berfungsi sehingga ke anak cucu dan cicit beliau.
  • AJK TERTINGGI

Penasihat
Tuan Haji Sipil Bin Wakar
Puan Asiah Binti Lontau
Puan Hajjah Dayam Binti Abar

Pengerusi
Encik Alijus Haji Sipil

Timb. Pengerusi
Encik Aliusus Haji Sipil

Setiausaha
Puan Alizizah Haji Sipil

Pen. Setiausaha
Puan Syamiah Binti Haji Sipil

Bendahari
Encik Aliyus Haji Sipil

Pen. Bendahari
Encik Alijim Haji Sipil


  • LOGO TKKHMS
Logo dicipta oleh Nur Syafiqah Wardiah Bt. Alijim
  • KONSEP LOGO

Bentuk Seperti Tabung
Satu tabung keluarga yang kukuh, bersatupada dan muhibbah.

Simbol Orang
Ialah komponen keluarga bahagia. (Bapa, Ibu dan anak-anak).

Looking Forward
Ahli keluarga melihat ke hadapan menunjukan masa depan yang lebih cemerlang.

TKKHMS
Tabung Kebajikan Keluarga Haji Mohd Shuib.

  • KONSEP WARNA LOGO

Warna Biru Bulat
Mengambarkan cita-cita setiap keluarga anggota keluarga inginkan kemajuan, keharmonian, kesejehteraan dan keamanan sesama ahli keluarga.

Warna Hijau (Bentuk bulan sabit)
Menunjukan keluarga Haji Mohd Shuib berteraskan keimanan dan ketaatan pada agama.

TKKHMS Warna Putih
Menggambarkan kecekalan, kegigihan, kesucian dan keiklasan Haji Mohd Shuib dalam memimpin sebagai ketua keluarga.

  • LAGU TKKHMS

Teguh Bersama

Teguh berdiri persatuan ini
Dengan matlamat membantu ahli
Demi keluarga kita berbakti
Untuk Mencapai impian dihati

Tolong-menolong amalan kita
Eratkan hubungan sesama keluarga
Tanpa keluarga tiada harga
Hidup kosong tidak berjiwa

Chorus/
Marilah kita jayakan wawasan
Bersatu hati elakkan tohmahan
Bersama-sama semua kembangkan
Persatuan ini satu kebanggaan

Perpaduan ini menjadi pegangan
Bekerjasama jadikan amalan
Terus berusaha hulurkan sumbangan
Keluarga Haji Sipil tak akan hilang

Lagu : Asmin Muddin
Lirik : Harris Suffian

SAYANG KELUARGA

Sayangilah keluarga anda sebagaimana anda menyayangi diri anda.